Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2017

Resepi Sambal Sotong Bersumbat Telur!! (SbS)

Gambar
Resepi Sambal Sotong Bersumbat Telur!!  | Resepi Sambal Sotong Bersumbat Telur. Sedappnya! Terus gemuk sotong2 nya hihi.. Macam biasa, resepi disediakan di bawah  Step by Step (SbS) Sumber : ‎ Tidak dijumpai Bahan utama mestilah sotong hehe Bahan inti untuk sumbat: - Telur 4 biji - 3/4 ekor udang cincang2 - 1 bj bwg merah cincang - 1 bj cili merah cincang - 2 helai daun bwg cincang - garam n lada hitam secukup rasa *Kacau sebati.. dan gorengkan separuh masak. Dah goreng jadi macam ni... Siap untuk inti.. ketepikan dulu tunggu sejuk baru kita sumbat dalam perut sotong Dahhh.. kenyang sotong kena sumbat... tuan nye lapar lagi nih... ;) Untuk sambal pulak: - Bawang merah, bawang putih, 2 batang serai... blend  - Kemudian tumis dengan cili blend - biar hingga garing dan pecah minyak. Dah pecah minyak macam ni, masukkan 2 sd besar sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Agak2 dah pekat sambal tu, masukkn sotong yang kita sumbat tadi Siappp!!! Selamat mencuba.. Jangan lupa share..

Colek buah lepas terawih..perghhh !!!

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya sihat dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik hari ini. Balik dari terawih tekak memang kering..lapar dan dahaga tapi dah tak mahu makan berat-berat. Apa lagi, makan coleklah kita malam-malam ni. Ni gambar semalam, tapi malam nipun kami anak-beranak dok mengadap lagi colek buah yang pedas berapi ni. Menyesal pula letak cili banyak, maklum, kami ni bukan tahan pedas sangat hehehe. Ini bahan yang Cik Wan guna. Ada pengaruh Siam sedikit tapi memang wallahhh, sedap!!. Tak ada dalam gambar ialah garam, cuka, gula nise 2 keping, yang nampak sedikit tu ialah udang kering dan kicap manis. Caranya; Tumbuk lumat cili padi, belacan, garam dan bawang putih. Masukkan nise, tumbuk lumat dan masukkan cuka. Golek2 alu lesung supaya bahan tumbuk sebati. Masukkan kicap dan udang kering, golek2 lagi jangan sampai udang hancur sangat. Siap!!. Jadi macam ni lebih kurang. Jangan cair sangat ye. Letak depan TV, lapik dengan surat khabar lama...waduuu

Daging Rebus sangat sedap dan tak muak..

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua sahabat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini dan bukan yang terakhir untuk kita semua. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dapat beribadat dengan tenang serta mudah. Resepi pertama untuk iftar pertama kali ini sangat mudah sekali. Hari ini Cik Wan dan Mr A hanya berbuka puasa dengan daging rebus, udang galah goreng, ulam dan budu campur mangga parut, cili padi dan asam limau nipis. Resepi daging rebus ni Cik Wan belajar daripada Cik Ma atau  Rosmawati Razali yang bertugas di SK Berangan, Kelantan. First time cuba dan rasanya memang tak dapat dipertikai lagi. Sangat sedap, segar dan tidak muak. Jom lihat caranya: Rebus daging bahagian urat keting (lebih sedap untuk singgang atau sup atau rebus). Masukkan sebatang serai. Cik Wan gunakan Noxxa HP 35m. Dah siap, buang serai dan masukkan dalam periuk biasa. Potong nipis daging dan rebus/panaskan sebelum dimasukkan rencah. Untuk hidangan 1 mangku

Resepi Asam Pedas Pekat Melekat Muar!! (SbS)

Gambar
Resepi Asam Pedas Pekat Melekat Muar!!  | Asalamualaikummm... juga resepi daripada Azlina Ina, beliau mau ajar korg signature dish keluarge metua dia belah muar.. so sape org sane xpandai masak asam pedas melekat pekat power ni jgn cakap lahir kat muar haha.. asam pedas pekat melekat muar.. Macam biasa, resepi disediakan di bawah  Step by Step (SbS) Sumber : ‎ Azlina Ina Fans Ok bahan-bahan utama: 10 atau lebih cili kering ina rebus dulu sekejap buang kotor dan bg lembut tos kan 1 cili besa dan sedikit cilipadi merah nak tambah pedas je xnak letak xpe 1/2 sb lada putih aka lada sulah 1 inci halia dan kunyit ko g la amik pembaris ukur 1 labu bawang besa dalam resepi ni xde letak labu ye  3 ulas bawang merah bombay 3 ulas bawang putih semua blender kcuali lada sulah tumbuk kang blender die xhancur tepakse plak ko kunyah lada putih tu sebijik2 Ok bahan2 pewangi bukan minyak wangi tp egent penyedap dan eksesori asam pedas ko tgk la sendiri mana xkenal tanya kot2 ko ingat daun kesum tu rum

Resepi Ayam Kari Ungkep Berempah!! (SbS)

Gambar
Resepi Ayam Kari Ungkep Berempah!!  | Asalamualaikummm... resepi daripada Azlina Ina, cikgu masakan yang tak asing lagi. Memang serba boleh beliau tu, sekarang ni beliau kongsikan resepi ayam kari ungkep berempah jom cikedot... boleh buat berbuka puasa nanti.. Macam biasa, resepi disediakan di bawah  Step by Step (SbS) Sumber : ‎ Azlina Ina Fans Bahan ini adalah untuk 1/2 ekor ayam: 5 tangkai daun kari..jgn leraikan dgn tangkai 1 peket serbuk kari ina gune babas ko nak gune terbabas ke alagapas ke alagopal ke boleh 1sk serbuk kunyit dan 1sk lada putih ditumbuk 3 ulaa bawang merah bombay 1/2 labu bwang besa sedikit halia 2 ulas bawang putih hiris semua  ok tomato sebagai hiasan ko nak masuk kan jambu batu pon sukati Ok ayam bersih kan ina suke basuh dengan air beras hilang bau hanyir.. jangan basuh dengan sabun nanti mulut ko bebuih Ok panas kan minyak lepastu tumis kan 2 tangkai daun kari api slow kang hangus Masuk semua bahan dihiris tadi Dah agak garing masuk kan serbuk kari serbuk

Resepi Roti Butter Golok Viral!! (SbS)

Gambar
Resepi Roti Butter Golok Viral!!  | Assalammualaikum resepi Roti Butter Golok Viral  cukup mudah Dan sedap versi Irfan dia kurang manis... tag kawan-kawan korang semua ok.. rajin2 scroll setiap gambar ya Irfan nak korang share bukan main cc saja... Macam biasa, resepi disediakan di bawah  Step by Step (SbS) Sumber : ‎ Muhammad Irfan Bahan A :)  500gm tepung bread 70gm gula kastor 1 tbsp susu tepung  Sedikit garam 11gm yeast 10gm kfine cream* kalau xada hanya tambah 1 biji kuning telur  300ml air ais  35gm shortening Masukkan kesemua bahan Dan masukkan 150ml air ais selepas itu sebatikan barulah masukkan 35gm shortening. Uli lagi Dan masukkan 150ml air ais sikit2 hingga menjadi doh yang lembut, licin, elastik  Total air 300ml ....... Bulatkan doh Timbang 70gm Potong sebiji doh kepada 3 bahagian. Roll doh tadi seperti di atas Simpulkan kemas Rehatkan 25-30 minit mengikut suhu Bakar 180 20-25 minit sahaja dah bakar gliss dengan butter Biarkan sejuk seketika Palit permukaan dengan butter j