Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2017

Lempeng dengan Salad Udang....cuba sekali nak lagi dan lagi

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berbulan tak dapat mengemaskini blog. Macam biasalah di awal2 tahun ni memang Cik Wan sibuk dengan anak-anak serta kerja-kerja sekolah. Aktiviti memasak tetap diteruskan dan hanya mampu update gambar di FB sahaja. Resepi ni dah lama ada di FB Cik Wan hanya hari ini sempat dimasukkan di sini. Menu ini resepi daripada pasukan Pandu Puteri sekolah Cik Wan yang menang dalam pertandingan memasak  peringkat zon PPDHL. Cik Wan try dan sangat sukakan rasanya yang sangat berbeza..sangat segar dan mengenyangkan. Anak2 pun suka. Jom tengok resepinya ya. Bahan lempeng: 1 gelas tepung gandum 1 gelas air (boleh tambah kalau adunan terlalu pekat/lempeng terlalu tebal) 1 biji telur 1 1/2 sudu gula 1 sudu kecil garam. Adun sebati dan sedia untuk dilempengkan...bukan lempang ye hehehe Bahan untuk salad udang; 1 mangkuk isi udang yang telah direbus 1 labu bawang merah besar/boleh juga guna bawang Holland 1 mangkuk kecil hirisan karet 1 mangkuk kecil hirisan daun ketum