Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2016

Resepi Sambal Telur Sedap!!

Gambar
Resepi Sambal Telur Sedap!! Bahan-bahannya: 5 biji telur ayam ( direbus kemudian digoreng) 1 genggam cili kering ( direbus) 3 biji cili api ( ikut suka nak letak ke tak) 1 sudu besar ikan bilis 4 ulas bawang putih 1 inci halia 3 biji bawang merah 1 Biji bawang besar( dihiris) 2 sudu sos tiram gula dan garam Cara penyediaannya: Rebus telur sehingga betul-betul masak, angkat kemudian sejukan terlebih dahulu sebelum dikupas kulitnya. Goreng telur di atas api yg sederhana seketika kemudian angkat dan ketepikan. Blender cili kering, cili api, halia, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih kemudian tumis sehingga pecah minyak. Tambah perasa gula, garam serta sos tiram. Masukan telur dan sebatikan dengan bahan tumisan. Taburkan hirisan bawang besar dan sebatikan seketika. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!!... Oleh : fb Resepi Sambal Telur Sedap!!

Resepi Rendang Daging Best!!

Gambar
Resepi Rendang Daging Best!! Bahan-bahannya: 1 kg daging dihiris Bawang putih Bawang merah 2 batang serai 3 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup 10 tangkai cili kering ( rebus dahulu) 1 sudu makan ketumbar 1/2 jintan manis 1/2 jintan putih 1/2 lada hitam ( kisar semua bahan di atas kecuali daging 😁) 2 kuntum bunga lawang 1 helai daun kunyit 3 helai daun limau purut 1 mangkuk santan pekat 1 mangkuk air 1 helai asam keping 3 sudu makan kerisik Cara penyediaannya: Tumis bunga lawang sehingga naik bau, kemudian masukan bahan2 kisaran tadi. Tumis sehingga betul2 pecah minyak. Masukan daging kacau sehingga sebati dengan rempah tumisan tadi, kemudian masukan santan pekat biarkan seketika sehingga agak menggelegak. Masukan kerisik , asam keping, perisa garam dan gula beserta air. Apabila kuah nak kering barulah masukan daun kunyit dan daun limau purut. Masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Selamat mencuba!!.. Oleh : fb Resepi Rendang Daging Best! !

Resepi Ayam Masak Merah Meletop!!

Gambar
Resepi Ayam Masak Merah Meletop!! Bahan A 1 ekor ayam 1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji 2 sudu makan sos tomato Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukup rasa Sedikit serbuk kunyit Bahan B: 15 tangkai cilikering Kisar 2 inc halia ~ kisar 3 ulas bawang putih ~ kisar 1 labu bawang besar ~ kisar 2 batang serai ~ titik 4 biji tomato ~ potong baji Cara penyediaannya: Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan Panaskan minyak dalam kuali Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum Masukkan ayam, sos tomato , bawang besar, garam dan gula secukup rasa Gaulkan sehingga sebati Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. Selamat mencuba!! Resepi : Chef Hanieliza's Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi Oleh : Azlita Resepi Ayam Masak Merah Meletop!!

Resepi Lasagna Daging Lazat!!

Gambar
Resepi Lasagna Daging Lazat!! Mula-mula kita sediakan kuah daging dulu KUAH DAGING 300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa 1 botol prego ~ botol kecil 2-3 batang celery cendawan butang ~ dihiris 2 biji tomato ~ didadu 1 biji lobak merah ~ dadu 1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas 2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus 2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus Sedikit lada sulah Garam secukup rasa Gula secukup rasa 3 cawan air 1/2 Capsicum merah ~ dihiris 1/2 Capsicum hijau ~ dihiris 1 kiub daging ~ ita tambah Sedikit lada hitam ~ ita tambah Cara penyediaanya: Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Ita tambahkan kiub daging Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian) Masukkan Prego, dan sedikit gula jika

Resepi Nasi Goreng Hijau!!

Gambar
Resepi Nasi Goreng Hijau!! Rasa dan cara membuatnyer sama aje macam nasi goreng yang biasa kita buat tu. Cuma tukar cilinyer aje.. Sekali2 kita berubah penampilan untuk tambah menarik dan lebih memikat apa salahnyer kan... Sekurang-kurangnyer ia menambahkan lagi selera ketika kita berada di meja makan. Jom kita ke dapur kita intai2 menu yang ringkas dan paling simple cara penyediannya ni. Cepat di masak dan sedap dimakan.. Bahan-bahannya: 4 cawan nasi sejuk - diperoi 2 biji telur - dikocok 1 gengam ikan bilis - digoreng 1 kiub ikan bilis Bahan Kisar: 3 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 6 biji cili hijau 4 biji cili padi hijau 1 inc belacan Cara penyediaannya: Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan kiub ikan bilis biar ia garing sebentar. Kemudian ketepikan sedikit semua rencah ketepi kuali dan buatkan lubang di tengah, masukkan telur, biarkan keras sebentar barulah di hancurkan dan digaul semula dengan perencah tadi hingga

Resepi Nasi Goreng Cornbeef Sedap!!

Gambar
Resepi Nasi Goreng Cornbeef Sedap!! Anak memang peminat nasi goreng , kat sini banyak jual cornbeef halal, akak pernah makan kat restoran Akasia. Teringin nak cuba buat kat umah. Bahan-bahannya: 2 mangkuk nasi sejuk 1 tin kecil cornbeef 3 batang kacang panjang-potong kecil 10-15 biji cili api - ikut nak pedas mana 2 sudu besar cili kisar 1 biji bawang merah-potong dadu 5 ulas bawang putih-tumbuk sedikit sos tiram sedikit kicap cair sedikit serbuk lada putih 1 biji telur garam dan minyak secukupnya Cara penyediaannya: Tumbuk bawang putih dan cili api, kemudian tumis bawang besar bersama bahan tumbuk. Masukkan cornbeef , kacau lagi, kemudian baru cili kisar dan tumis sehingga wangi baru di masukkan potongan kacang panggang. Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul rata baru di masukkan telur di tengah nasi. Hancurkan telur dan gaul lagi sehingga nasi goreng keluar wap. Rasa dulu sebelum di hidangkan..akak buh kepak ayam goreng dan hirisan timun. Selamat

Resepi Nasi Goreng Kerabu!!

Gambar
Resepi Nasi Goreng Kerabu!! Kali ni akak buat nasi goreng kerabu ..akak makan nasi ni kat cafe di Hospital Ampang Putri masa tunggu Imran nak jumpa doktor. Sedaplah pulak..akak pun cubalah buat tapi ikut resepi nasi goreng yang nama asalnya nasi goreng bunga kantan dari Mat Gebu tapi akak tambah daun kesum, cili api dan taugeh. Bahan-bahannya: 4 cawan nasi sejuk, dileraikan 1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama) 2 camca besar sambal tumis (resipi di sini) (akak tukar cili kisar) 1 keping dada ayam, hiris memanjang 1 biji bawang besar, hiris (akak dadu) 2 ulas bawang putih, hiris 3 cili api - ketuk sikit 1 kuntum bunga kantan, hiris halus, tinggalkan sedikit untuk hiasan 1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus 1 batang daun kesum-hiris halus sedikit taugeh 2 biji telur, pukul sedikit 1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)-tukar taugeh Sos ikan secukup rasa (anggaran 1-2 sudu teh) 3 sudu teh kicap manis-akak tambah sedikit serbuk lada sulah garam jika perlu Hiris

Resepi Nasi Goreng Ala Thai!!

Gambar
Resepi Nasi Goreng Ala Thai!! Resepi nasi goreng thai ni akak ambik di laman web Mesra.net yang cukup untuk 2 orang makan..kat umah akak kenalah di gandakan resepi ni..ala maklumlah ada anak lelaki kat umah pastu akak ada tambah bawang besar, bawang putih, serbuk lada hitam dan sos ikan. Bahan-bahannya: 1 3/4 mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau guna lebihan buat nasi ayam) 2 biji telor 1/2 biji bawang besar (dadu) 3 biji bawang putih (ketuk) 2 sudu teh sayur campur/lobak yg dihiris halus memanjang 2 sudu teh cili boh (lebihkan jika nak pedas) 2 sudu teh pes tomyam kesukaan (lebihkan jika mahu lebih berperisa) 3 tangkai cili padi - dihiris halus (akak ketuk) 1 helai daun limau purut - dihiris halus-halus ( lebihkan) 3 sudu teh kicap manis 1 sudu teh sos ikan (akak tambah) 1 sudu teh serai yang dihiris halus 1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus 3 - 4 ekor udang besar (seperti udang harimau) - dicelur dulu Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng terlebih dahulu (akak masu

Resepi Nasi Beriani Lazat!!

Gambar
Resepi Nasi Beriani Lazat!! Bahan A: 1 kg beras basmati - dibasuh bersih dan ditoskan (ita guna 5 cwn dan ita rendam sekejap) 2 sudu makan rempah beriani - dibancuh dgn sedikit air 4 biji tomato - dipotong dadu 3 biji cili merah - dibelah 2 3 biji cili hijau - dibelah 2 1 tangkai daun pudina - dimayang kasar2 1 tangkai daun ketumbar - dimayang kasar 2 cawan air (ita letak 3 cwn air) 1 cwn susu cair (ita guna 1 tin susu cair) 4 sudu makan minyak sapi 1/2 cwn kismis 1/2 cwn gajus garam secukup rasa pewarna kuning dan oren Bahan B: 5 biji bawang merah - dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 inc halia - dihiris rempah tumis (4 sekawan) sedikit daun kari Cara penyediaanya: Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan B ahan B sehingga garing dan harum. Masukkan rempah beriani yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata, masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau. Masukkan air, susu cair, daun ketumbar, daun pudina kismis dan gajus. Biarkan mendidih sebentar. R

Resepi Lengkap Murtabak Cheese Leleh!!

Gambar
Resepi Lengkap Murtabak Cheese Leleh!! (Penerangan panjang utk memudahkan/bagi paham) Bahan-bahannya: 2 gelas tepung gandum (350gm) 1 biji telur saiz c (yg paling kecil) Sedikit garam 1 sudu besar gula 1 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar shortening/butter ½ gelas air atau kalau keras tambah sikit air (200ml) Untuk salut doh roti canai nanti Butter/margerin/minyak Cara penyediaanya: Jika guna breadmaker – Masukkan semua bahan kecuali air.. air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil seperti buat donat.. doh tidak terlalu lembik sangat.. tak lekat kat tangan doh dikira ok.. uli guna bread maker sehingga abis ulinya ..dalam 20 minit uli.. insyaallah doh akan lembut dan elastik.. mula bulatkan doh dalam 90gm dan salut dengan butter/margerin/minyak.. simpan semalaman Jika guna tangan – Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, garam, gula, susu pekat, shortening kemudian masukkan telur ..uli kering Masukkan air demi sedikit hingga doh tak lekat kat tangan… sukatan air tu tak

Resepi Soto Ayam Lazat!!

Gambar
Resepi Soto Ayam Lazat!! Bahan-bahannya: 1 ekor ayam kampung Minyak untuk menumis 2 liter air boleh di lebihkan sedikit Bumbu blender: 8 bawang merah 7 siung bawang putih 2 sendok teh merica 2 sendok teh ketumbar 10 biji kemiri 1/2 sendok teh jintan 1 cm kunyit bakar ( atau hingga bumbu blender berwarna kuning ) 2 cm halia Bahan lain: 3 batang serai 3 lembar daun jeruk 2 lembar daun salam Santan kenal ( hanya soal selera, boleh di kasih, boleh juga di skip ) 3 sendok bawang merah dan bawang putih goreng Pilihan isi: Tauge, irisan kobis ( di buang tulang daunnya ), telur rebus ( kemudian d goreng ), ketupat/ lontong, tanghoon/ su'un, kentang yang iris tipis kemudian di cuci sampai airnya jernih trus di goreng garing, wortel di iris tipis kemudian di rebus Cara penyediaannya: Rebus ayam hingga empuk, angkat, tiriskan. Setelah agak dingin baru di suwir2, sisihkan. Tumis bumbu blender hingga harum, keluar minyak dan tidak langu. Kemudian masukkan bumbu ke dalam air rebusan ayam tadi. M

Resepi Patin Masak Tempoyak!!

Gambar
Resepi Patin Masak Tempoyak!! Bahan-bahannya : Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang) 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus) 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus) 15 biji cili api (ditumbuk halus) 2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi) 1 biji timun cina (dipotong dadu) ( ni ros tak letak) 2 ikat daun kesum 2 ikat bunga kantan sedikit asaam keping 3 cawan air (ikut kepekatan) garam (ikut rasa) gula (kalau agak terlalu pedas) ( ni tak letak pun takpe) Cara penyediaanya: Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 ped

Resepi Kek Keju Jepun!!

Gambar
Resepi Kek Keju Jepun!! Bahan-bahannya : 7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice) 200ml susu segar@susu cair 4 biji telur 75gm tepung naik sendiri 75gm butter 100gm gula halus 1/2 sudu teh cream of tartar Cara penyediaanya : Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu. Masak dengan api perlahan..Kacau selalu. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk). Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis) Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter. Letak loyang dalam bekas berisi air panas Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing Selamat mencub

Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan!!

Gambar
Resepi Kuih Ketayap Inti Pandan!! Bahan-bahan: 150 gm kelapa lembut(saya pakai kelapa kering je) 1/2 cawan santan pekat dlm tin (jika menggunakan kelapa kering) 3 cawan gula pasir @ seukup rasa sedikit garam 1 sk pandan emulco Sedikit pewarna hijau 1/4 cawan air @ secukupnya utk lembutkan kelapa kering 2 helai daun pandan...disimpul Cara penyediaanya: Masak gula bersama air hingga hancur, tambah santan, garam, pandan emulco, daun pandan..kacau Masukkan bahan2 lain...kacau hingga pekat dan kelapa kering sedikit lembut Biarkan sejuk. Kulit Kuih Ketayap Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan kecil susu segar atau boleh letak santan 2 cawan air 1 biji telur 1/2 sudu teh garam 1 sk gula sedikit essen vanilla sedikit pewarna sirap ros atau sirap pandan untuk kulit ketayap . Cara penyediaanya: Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga sebati dan tapis ATAU kacau di dalam bekas dengan whisker jangan pecahkan telur dulu, kacau sedikit dengan garfu, letak susu dan tepung kacau.

Resepi Kek Velvet Pelangi!!

Gambar
Resepi Kek Velvet Pelangi!! Untuk kek velvet pelangi ni, saya guna 7 warna. Pink, hijau, biru, kuning, putih (warna original adunan), purple (hasil campuran warna biru + pink) dan oren (campuran warna pink + kuning). Meriah gitu pelangi dia nanti.. Sapa-2 berminat nak buat, silalah rujuk resepi dibawah: Bahan bahan untuk (loyang 8"): 4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais 3/4 cawan gula halus / perang (180g) 1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak 3/4 sk baking powder 1/2 sb penuh ovallete 1/4 sk garam 7 1/2 sb susu sejat (120g) 1 sk esen vanilla 1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g) Cara penyediaannya: Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang. Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan. Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis. Tutup loyang dengan alu

Resepi Kuih Cara Manis!!

Gambar
Resepi Kuih Cara Manis!! Bahan-bahannya: 1 cwn tepung gandum 1 sudu makan tepung kastard 1 sudu kecil majerin/butter 1 biji telur 1 cawan air pandan 1 1/2 cawan santan secubit garam sedikit pewarna hijau utk menaikkan seri kaler hijau gula utk masukkan dalam kuih sedikit minyak utk oles kat acuan kuih cara Cara penyediannya: Campur semua bahan kat atas kecuali pewarna & gula- saya blender je supaya adunan halus mulus Panaskan acuan dan oles dengan minyak Masukkan adunan ke setiap lubang acuan Biar seketika- dalam 40 saat utk lapisan tepi dah masak baru massukkan gula Kalau terus masukkan gula nanti kuih mudah pecah.. gula mudah sememeh keluar. Tutup acuan dan biarkan dalam2-3 minit...atau hingga masak Angkat dan ulangi proces membakar hingga adunan siap Note: adunan memang nampak cair tapi jangan bimbang... bila dah masak ia akan lembut gebusss gitu. Selamat mencuba!! Oleh : CheAnn Resepi Kuih Cara Manis!!

Resepi Sandwich Sardin Enak!!

Gambar
Resepi Sandwich Sardin Enak!! Sebagaimana yang kita sedia makhlum, sardin adalah makan yang di proses dalam tin. Ia menggunakan ikan sardin dan di proses bersama sosnya dan di tinkan. Kenapa ita tak suka makan sardin adalah di sebabkan sardin mempunyai bau yang sangat hamis. Ita bukan tak makan sardin terus, tapi ita hanya makan sardin yang ita masak sendiri sahaja. Bila ita masak sendiri, ita akan seboleh mungkin akan menghilangkan bau hamis sardin. Bila ita makan sardin juga ita kena minum air yang sedikit masam. Ini adalah untuk menghilangkan rasa loya. So jom kita buat sandwich yang enak. Bahan-bahannya: Roti potong secukupnya Timun ~ di hiris nipis Bahan sardin: 1 tin sardin ~ asingkan isi dan sosnya. Isi sardin, buang tulang dan di hancurkan dengan garfu 1 sudu besar sos cili 1 labu bawang besar ~ di dadu kecil Daun sup dan daun bawang ~ di hiris 1 batang cili merah ~ buang biji dan empulur tengahnya dan hiris dadu kecil-kecil 1/2 cawan air asam jawa garam secukup rasa minyak u

Ikan Merah Masak Ceylon!!

Gambar
Ikan Merah Masak Ceylon!! Ikan Merah masak Ceylon atau ikan merah masak Sri Lanka. Sebelum tahun 1972 Sri Lanka lebih di kenali sebagai Ceylon. Ia adalah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Masyhur dengan gelaran Mutiara Lautan Hindi, ia merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk. Pada masa silam, Sri Lanka dikenali dengan pelbagai nama. Ahli-ahli geografi Yunani purba menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib (asal-usul perkataan serendipity). Orang Melayu zaman dahulu pula memanggilnya sebagai Langkapura. Ceilão ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang ditransliterasikan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Ceylon. Pada tahun 1972, nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka. Pada tahun 1978 ia ditukar pula kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka. Huhu... belajar sejarah y

Ikan Selar Masak Kicap!!

Gambar
Ikan Selar Masak Kicap!! I kan selar isinya agak keras berbanding ikan kembung. Biasa kalau goreng gitu aje ianya kurang mendapat sambutan kalau kat rumah ita ni.. Oleh kerana itu ita lebih suka jadikan ianya lauk yang enak di nikmati oleh keluarga. Bila dah masuk dalam lauk masak kicap ni.. berselera pulak anak-anak meratah ikan ni.. Bila memasak ni kita harus bijak memadan suaikan gandingan hidangan supaya ianya menjadi gandingan yang ideal dan di sukai seisi keluarga. Barulah tak berlaku pembaziran.. Bahan-bahannya: 5 ekor ikan selar ~ siang dan cuci bersih Sedikit garam dan kunyit Bahan kisar: 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inc halia 10 tangkai cili padi 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut 1 sudu teh ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Rempah tumi s: 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum cengkih 5 biji pelaga 1 helai daun pandan simpul 2 biji tomato ~ belah 2 2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goreng 2 biji lada hi

Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas!!

Gambar
Resepi Ikan Tenggiri Asam Pedas!! Resepi asam pedas kali ni menggunakan ikan tenggiri , biasa kalau masak asam pedas atau lauk gulai yang menggunakan ikan, ita akan guna kepala ikan dan bahagian ekor untuk di masukkan dalam gulai. Sementara bahagian isi biasanya ita goreng aje.. sebab anak-anak semua lebih suka makan ikan goreng berbanding ikan yang di dalam gulai. Jadi sayang kalau ada isi ikan dalam gulai tu kan.. tak di makan, baik goreng aje.. pasti licin pinggan.. Ikan dalam gulai atau lauk asam pedas ni biasanya suami ita yang tukang habiskan.. suami ita memang sangat suka makan ikan berbanding ayam dan daging. Ok, cerita pasal lauk ita ni.. sebenarnya tak cukup lengkap bahannya.. ita masak yang mudah aje dan mengikut apa bahan yang ada di rumah aje.. tak letak bunga kantan dan bendi... cuma letak daum kesum aje sebagai pembangkit selera... Bahan-bahannya: 3 keping ikan tenggiri dipotong dan cuci bersih 400 mk air 100 gm bendi 1 batang serai dititik 1 kuntum bunga kantan di bela

Resepi Kari Asam Pedas!!

Gambar
Resepi Kari Asam Pedas!! Asam pedas sinonim dengan masyarakat bahagian Selatan Semenanjung Malaysia terutamanya Johor dan Melaka. Ianya di hidangkan sebagai pelengkap hidangan makan tengahari mahupun makan malam. Kuahnya yang masam-masam, pedas dengan aroma yang cukup enak memang benar-benar menambat selera. Selain di hidangkan bersama nasi, kari asam pedas juga enak jika di cicah bersama roti, roti canai, roti jala, lempeng mahupun biskut lemak. Bagi orang Johor ala bisa tegal biasa Cara memasaknya memang cukup mudah dan ringkas. Bagi kari asam pedas pula bezanya cuma asam pedas ini di khawinkan antara asam pedas biasa dan lauk kari.. maka terhasillah menu baru kari asam pedas. Bahan-bahannya: Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5 (Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dan lain-lain) 1 biji bawang besar ~ dimayang 3 biji bawang putih ~ diketuk 2 inci halia ~ diketuk 1/2 ibu jari belacan 1 batang serai ~ diketuk 1/2 inci lengkuas ~ dihiris nipis 1 su

Resepi Ikan Kerisi Kicap Pedas!!

Gambar
Resepi Ikan Kerisi Kicap Pedas!! Terima kash pada Pak Engku kerana selalu memudahkan kerja memasak ita di dapur.. Kerja memasak ita lebih mudah dan ringkas.. tak payah lagi pening kepala.. dan hasilnya memang tak pernah mengecewakan.. Keistimewaan masak kicap Pak Engku kerana menggunakan rempah ratus.. Ita memang cukup suka masakan yang berempah kerana aromanya memang cukup membuka selera. Lebih lagi masak kicap kali ini kicap yang pedas.. lebihlah teruja ita di buatnya.. ikan kerisi kicap pedas Bahan-bahannya: 5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih Sedikit garam dan kunyit Bahan kisar: 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inc halia 10 tangkai cili padi 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut 1 sudu teh ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Rempah tumis: 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum cengkih 5 biji pelaga 1 helai daun pandan simpul 2 biji tomato ~ belah 2 2 biji lada hijau ~ di hiris kasar 1 labu bawang besar ~ di hiris 2 tangkai d

Resepi Kerisi Masak Sos Tiram!!

Gambar
Resepi Kerisi Masak Sos Tiram!! Hari ini sekali lagi ita kongsikan resepi mudah dan ringkas yang dikongsikan Sara. Menurut Sara, bila dia tak cukup masa, hidangan inilah yang di hidangkan untuk keluarganya. Hidangan ini juga merupakan hidangan ringkas dan mudah yang menjadi kesukaan Sara dan keluarganya. Memang resepi ini mudah dan ringkas. Ianya juga sedap di makan dengan nasi hangat. Kata Sara lagi, lauk ini sesuai di gandingkan dengan ikan kerisi, ikan kembung, siakap atau ikan senangin. Hari ini ita masak menggunakan ikan kerisi . Berselera kami menikmati hidangan kami.. Terima kasih Sara.. Bahan-bahannya: 2 ekor ikan kerisi ~ siang , cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng hingga keemasan, angkat dan ketepikan. 3 ulas bawang merah ~ di hiris 2 ulas bawang putih ~ di hiris 1 inc halia ~ hiris halus 5 tangkai cili padi ~ hiris halus boleh kurangkan atau tambah mengikut kesesuaian kepedasan daun sup dan daun bawang di hiris 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar tauco ~

Resepi Siakap Stim Limau!! (SbS)

Gambar
Resepi Siakap Stim Limau!! Ikan kakap adalah ikan laut dasaran yang hidup secara berkelompok di dasar-dasar karang atau terumbu karang. Mempunya ciri tubuh yang bulat pipih dengan sirip memanjang sepanjang punggung. Jenis ikan kakap yang banyak ditemui di Indonesia adalah jenis Kakap merah beberapa jenis yang lain yang juga banyak di temui adalah Kakap kuning, Kakap hitam dan lain-lain. Menjadi buruan para pemancing kerana isinya yang enak dan lazat untuk dimasak pelbagai resepi dan sekarang kita akan tunjukkan cara memasak masakkan Siakap Stim Berlimau . Memang meleleh air liur beb :) Bahan-bahannya: 2 labu bawang besar di hiris besar-besar.. bawang tau bukan labu.. sape bubuh labu aku sekeh kang.. heheeee 2 biji tomato di belah2.. nak taruk 3 biji pun boleh 2 batang cili merah di hiris2 5-6 biji cili api di hiris2.. kalau nak pedas taruk la lebih 3cm Halia di hiris kasar.. halus2 sgt kang terkunyah halia lak.. 5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja. . Biji takmo.. garam dan s